3 tahun dulu masa di Hospital , Abg Mat (suami saya) izinkan saya untuk ke Johor meyaksikan persandingan adik saya. Selepas dari itu selama setahun Abg Mat ada call untuk bertanya khabar.Namun selepas setahun dia senyap tanpa sebarang berita..Bila saya cuba call nombor yang digunakan sudah tak dapat dihubungi lagi.Merana sayazahir dan batin...selama itu saya rasa sedih sangat atas perbuatan dia...Sekarang saya lebih tabah.Dan saya yakin perpisahan adalah yang sebaiknya..
Saya rasa segala apa yang saya cuba dan pernah lakukan dulu tidak pernah dihargai..Dulu alasan yang digunakan oleh Abg Mat adalah adik adik larang dia berjumpa dengan saya. Hakikatnnya adik adik tak pernah melarang..dan hakikatnya geram ,sakit hati semua masih ada lagi dalam diri ni..sikap tidak bertanggungjawab dia yang buatkan saya marah..apapun saya janji yang saya akan teruskan hidup walau tanpa dia disisi sekalipun...
No comments:
Post a Comment