
Assalamualaikum...
Saya Engku Zalina binti Che Ku Zainal merupakan OKU kini. Saya amat rindu untuk berjumpa dengan kawan kawan. Saya nak dengar suara rakan rakan.
Dengan hati tulus ikhlas saya memohon maaf sekiranya saya pernah melakukan kesilapan pada kawan kawan dulu...
Saya kini banyak meluangkan masa dirumah dengan aktiviti menonton tv ( dulu tak pernah ada masa kini terlalu banyak masa ), serta membuat senaman bagi memberi kekuatan kepada kaki dan tangan saya.
Saya amat mengharapkan doa dari rakan rakan semoga saya cepat sembuh sekurang kurangnya saya dapat berdikari tanpa menyusahkan sesiapa.
Saya kini berada di Lumut bersempena dengan cuti sekolah dan selalunya saya akan berada bersama sama adik adik di Batu Burok Kuala Terengganu. Hanya adik adik sahajalah peneman hidup saya.
Baru baru ini berkat usaha keras adik ipar saya Sabrina , saya dapatlah berjumpa dengan rakan rakan iaitu An (maaf saya tidak begitu ingat nama sebenar ) dan Amieza.Seronoknya hanya tuhan yang tahu setelah hampir 2 tahun saya keseorangan tanpa teman.
Buat rakan rakan yang ada membaca blog ini saya mengharapkan anda semua menelefon saya agar memberikan saya kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian saya. Hanya tuhan sahaja yang tahu saya amat amat merindui kalian semua. Semoga persahabatan kita tak akan pernah putus walau apa pun yang terjadi.
Semoga Allah sentiasa memberkati kalian semua.
(Kak Anne berada sebelah saya and she's the one who said and i edit it for easier reference.Dia menitikkan airmata kerana merindui rakan rakannya.For those who wanted to know her condition do call this number 013-9111633 / 014-2143027 untuk bercakap dengan dia...she needs us to make her stronger facing her life now and forever ..wasallam)